program diet sehat beritakita

Friday, May 24, 2013

Maut ditembak depan masjid

PASIR PUTIH: Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 57, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu kereta jenis BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba 'melencong’ ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.

"Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

“Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati Abang Haji semakin `nazak’, saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid. - Hmetro

Pasangan Malaysia Sertai Senarai Kelab Jutawan di Australia

MELBOURNE: Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.


David Teoh, 57, dan isterinya Vicky, 56, sudah mencapai salah satu peningkatan terbesar tahun ini dalam Senarai Mewah BRW Rich 200, melonjakkan kekayaan mereka daripada A$526 juta tahun lepas kepada A$1.06 bilion.

Pasangan Teoh, yang berhijrah dari Malaysia pada 1986, memiliki hampir 37 peratus daripada penyedia jalur lebar TPG Telecom, yang sudah berkembang menjadi satu perniagaan bernilai A$3 billion selepas pertumbuhan harga saham yang konsisten semenjak 12 bulan lepas.
"Di sebalik kejayaannya, Teoh bencikan publisiti dan enggan gambarnya diambil oleh media," kata majalah bisnes BRW.

Pada Mac tahun ini, TPG melaporkan untung bersih selepas cukai sebanyak A$78.3 juta untuk setengah pertama tahun kewangan 2012-13, naik 41 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum itu.
Vicky Teoh baru-baru ini dinamakan wanita yang mempunyai kemewahan sendiri terkaya di Australia dalam senarai Wanita Kaya BRW pertama berikutan saham 18 peratus miliknya dalam TPG.

Seperti suaminya, beliau tidak mahu dikenali dan amat jarang dapat di wawancara.
Turut serta dalam senarai itu adalah jutawan Sam Chong, daripada Tanah Rata, Cameron Highlands, yang melihat kekayaan perlombongannya menyusut daripada A$1 bilion kepada A$800 juta, serta pemaju harta Maha Sinnathamby, dari Negri Sembilan, yang menaikkan kekayaannya kepada A$845 juta berbanding A$820 tahun lepas. - BERNAMA

Mahkamah tolak permohonan reman, Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebaskan

Gerakan 'Bebaskan Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar' menunjuk perasaan di luar balai polis di Jinjang, Mei 25 2013. - Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman.

Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang.

Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang “kenyataan menghasut” yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.



Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.
Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

“Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas,” kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat.

“Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat” tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap.
Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut.

Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang “kenyataan menghasut” yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.
Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.
Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini.

“Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang,” kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. - TMI

Tangkap penjenayah yang banyak berkeliaran di luar sana. Bukan orang politik yang berjuang untuk kamu dan rakyat.

FBI tembak mati suspek bom Boston

ORLANDO - Seorang suspek serangan bom di kejohanan maraton Boston, Amerika Syarikat pertengahan April lalu, dilaporkan terbunuh selepas ditembak pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika disoal siasat, kelmarin.


Menurut pegawai, insiden berlaku apabila suspek, Ibragim Todashev, 27, bertindak ganas sewaktu pegawai FBI menyoalnya membabitkan serangan pengeboman di Boston pada 15 April lalu.

"Kami terpaksa menembak suspek selepas dia bertindak agresif dengan cuba mencederakan pegawai kami sewaktu sesi siasatan," kata pegawai FBI dalam laporan Al-Jazeera.

Sementara itu, rakan suspek, Khusn Taramiv memberitahu, Todashev adalah salah seorang individu yang mengenali suspek pengebom utama, Tamerlan Tsarnaev kerana kedua-duanya adalah pejuang seni mempertahankan diri tetapi menolak terlibat dengan insiden di Boston.

Tersalah langkah, penyamun maut ditembak koperal

PETALING JAYA - Hajat seorang penyamun melarikan sebuah kereta Perodua Myvi berakhir selepas suspek mati ditembak pemiliknya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat koperal.

Dalam kejadian sebelum jam 4 pagi tadi di hadapan Bank CIMB Damansara Utama itu, suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging meminta anggota polis itu menyerahkan telefon bimbit, wang tunai dan kunci kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek yang memakai topi keledar terlebih dahulu meletakkan parang dileher anggota polis berkenaan yang ketika itu mahu mendepositkan wang ke dalam mesin.

Menurut beliau, bimbang dicederakan mangsa yang ketika itu berpakaian biasa menyerahkan barangan berharga seperti yang diminta oleh suspek.


“Anggota polis terbabit cuba menghalang suspek melarikan keretanya dengan memperkenal diri sebagai anggota polis, namun suspek meluru mahu menyerangnya dengan pisau menyebabkan mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai tepat pada bahagian badan dan kepalanya,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapat lelaki berusia 43 tahun itu mempunyai rekod pernah ditahan polis beberapa kali kerana terkibat dalam kes pecah rumah, dadah dan curi kereta.

Jelas Arjunaidi, manakala mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

Mayat kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - SH


SPR: Tindakan pemuda cuba undi dua kali makan diri...

Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali, memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pilihan Raya.
  
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
  
"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.
  
"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.
  

Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
  
"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.
  
"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?... SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
  
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.
  
Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.
  
"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan... kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.
  
"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya - Bernama

Sangat patutlah PR lawan orang seperti ini. Katanya berbelit-belit.

Thursday, May 23, 2013

Kereta dicuri berjaya ditemui

BALING - Seorang lelaki berusia lingkungan usia 40 tahun berjaya ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes kecurian kereta di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.


Lelaki terbabit dikesan oleh ahli Persatuan Prihatin dan Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling ketika berdekatan sebuah bangunan bank di sini.

Jurucakap PPKS Baling, berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung lelaki terbabit yang ketika kejadian sedang mencuri besi di sebuah premis perniagaan di hadapan Jabatan Kerja Raya (JKR) Baling.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis mengesahkan nombor pendaftaran kereta yang dipandu lelaki terbabit merupakan kereta yang dicuri di Tasik Gelugor.

Sehubungan itu, gerakan mengesan suspek dilancarkan oleh PPKS seterusnya berjaya mengesan lelaki terbabit pada kira-kira jam 7.30 petang.

Kira-kira 50 anggota PPKS memantau ketat kedudukan lelaki berkenaan seterusnya memaklumkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

“Kita hanya mampu memantau kedudukan suspek, sebarang tindakan hanya boleh dilakukan oleh polis. PPKS hanya bertujuan membantu dan sama sekali tidak pernah membelakangkan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya juga sering memaklumkan kepada setiap ahli agar tidak mengambil tindakan melulu melainkan dengan arahan pihak polis.

Difahamkan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat banyak barangan di dalam kereta suspek dipercayai barangan curi, manakala suspek telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Baling untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian tersebut.

PPKS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan membantu masyarakat tanpa melihat sebarang perbezaan agama, bangsa mahupun budaya.

Setakat ini, terdapat lebih dari 100 anggota PPKS terdiri daripada orang awam di sekitar daerah ini.

Setiap ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kesemua mereka mempunyai kesedaran tinggi dalam keselamatan masyarakat di sini. - SH

Modul yang bagus dan boleh diperluas. Boleh dibubar jika polis mencapai kecekapan yang sewajarnya.