Tuesday, February 19, 2013
Penjawat awam menunggu buah yang tidak gugur
KSN: Skim lebih baik pegawai Gred 54 dikajiGEORGETOWN - Kerajaan bercadang menetapkan had persaraan minimum pada Gred 54 untuk pegawai perkhidmatan awam berprestasi tinggi bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, cadangan tersebut masih diperingkat kajian dan beberapa perkara seperti implikasi kewangan, tahap kecemerlangan pegawai terlibat dan skim gaji perlu diteliti terlebih dahulu.
"Kita sedang melihat cadangan ini yang mana ia membabitkan implikasi kewangan besar. Tujuannya ialah supaya penjawat awam akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada negara.
"Kecemerlangan pegawai terbabit mesti menepati piawaian dan berkemungkinan persaraan sebegini akan dilaksanakan mengikut skim demi skim. Kita sasarkan cadangan ini dapat dilaksanakan pada akhir tahun ini selepas kajian mengenainya selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penjawat awam negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ali menggesa pembangkang supaya membuat penilaian secara adil terhadap profesionalisme penjawat awam selaku pelaksana dasar kerajaan.
Beliau berkata, tindakan pembangkang yang sering menghentam penjawat awam setiap kali wujudnya salah laku membabitkan kerajaan adalah tidak wajar.
"Kita tidak boleh terus pergi kepada kesimpulan mudah dan terus membuat kenyataan umum yang mana membabitkan semua penjawat awam. Ini adalah tidak wajar dan saya fikir ia tidak perlu.
"Membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara adalah kerja mudah. Kita perlukan bukti jika ada dakwaan salah laku seperti rasuah dan sebagainya...sebab itu kita ada badan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ali menasihati penjawat awam supaya lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran baharu terutama melibatkan pelanggan yang mementingkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan diberikan.
Beliau berkata, penjawat awam kini tidak boleh mengekalkan corak pengurusan kerja dan perkhidmatan yang diamalkan sejak sekian lama kerana rakyat sudah bijak untuk menilai perkhidmatan yang diberikan.
"Rakyat kini sedar akan hak mereka untuk mendapat layanan yang lebih adil dan munasabah daripada agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, adalah penting setiap janji yang ditetapkan oleh agensi dan jabatan ditunaikan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai," katanya.
Ali turut memuji sesetengah agensi kerajaan yang telah mula mengorak langkah melakukan penambahbaikan dan merekayasa dalam perkhidmatan masing-masing yang dilihat membantu dalam meningkatkan kedudukan daya saing negara di mata dunia. - Bernama
UmnoBN bagai singa tua yang tumpul gigi
Pengkaji UM : Pembangkang sedia hadapi pilihanraya
BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.
"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).
"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. - Malaysiakini
BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.
"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).
"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. - Malaysiakini
Monday, February 18, 2013
Orang bukan Islam dihukum bila berzina dengan orang Islam pada masa ini?
Mahathir: Pas tak mampu laksana hudud dengan adil
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak mampu dilaksanakan dengan adil.
Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.
"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara membuta tuli.
"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.
Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.
"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.
Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - Bernama

Selepas senator Australia diusir, wartawan pula menghadapi 'pengusiran'
Felda tayang filem Tanda Putera pada peneroka
Felda hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.
Seorang pemimpin NGO anti-Pakatan, Zahid Mat Arip yang bertindak sebagai pengerusi majlis tayangan berkenaan pula mengumumkan bahawa tayangan itu merupakan program tertutup.
Beliau juga meminta para wartawan meninggalkan Dewan Merdeka PWTC sebelum tayangan bermula.
Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.
Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.
Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dengan satu bacaan doa. - Mkini
Felda hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.
Beliau juga meminta para wartawan meninggalkan Dewan Merdeka PWTC sebelum tayangan bermula.
Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.
Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.
Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dengan satu bacaan doa. - Mkini
Sunday, February 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)