Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.
"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam, seperti lapor Harakahdaily.
Jawapan Anwar itu sekaligus menepis desas-desus bahawa isterinya turut dicalonkan dalam pilihan raya umum kali ini. Wan Azizah dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.
Ura-ura itu disambut baik oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilapor berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.
Bagaimanapun, ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.
Anwar pula dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak 1982.
Sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding. - Mkini
Mematikan tuduhan nepotisme dalam PKR.
Thursday, April 4, 2013
Wednesday, April 3, 2013
PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala
KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.
Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.
"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.
"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.
"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.
Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.
"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE
Solat orang yang tolak Islam dapat pahala?

ESSCOM dan ESSZONE bukan untuk perbanyak undi kepada kerajaan, kata panglima tentera
LAHAD DATU, 3 April — Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE di 10 kawasan di pantai timur Sabah tidak dibuat atas kepentingan kesinambungan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) itu adalah untuk memastikan kawal selia keselamatan yang lebih terurus, seterusnya membantu menjana perkembangan dan kestabilan sosio ekonomi dalam jangka masa panjang, khususnya di Sabah.
“Sebagaimana sedia maklum, pembangunan tidak akan wujud dengan baik sekiranya tiada jaminan keselamatan dan keselamatan juga tidak akan wujud tanpa ada pembangunan yang baik, maknanya, keselamatan dan pembangunan mesti bergerak seiring.
“Jadi, sekiranya ada tohmahan bahawa ESSCOM dan ESSZONE dibuat untuk kepentingan politik dan bagi meraih undi pasukan keselamatan, ia adalah amat ‘counterproductive’ kerana objektif utama penubuhannya adalah untuk menentukan keselamatan dan kepentingan rakyat terjamin,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu sebuah rancangan televisyen di sini hari ini.
Beliau (gambar) mengulas dakwaan beberapa tulisan di blog pro pembangkang bahawa kewujudan ESSCOM dan ESSZONE dapat memastikan kerajaan terus menguasai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang terdapat dalam kawasan keselamatan khas itu menerusi undi anggota pasukan keselamatan.
Pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Felda Sahabat 16, dekat sini, merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan kira-kira 1,400km persisir pantai timur Sabah, ESSCOM yang diketuai Datuk Mohammad Mentek selaku Pengarah kini beroperasi di pejabat sementara di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu dengan menggunakan kabin khas.
ESSZONE pula yang penubuhannya diumum perdana menteri sempena sambutan Hari Polis ke-206, pada 25 Mac lepas merangkumi 10 daerah membabitkan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Zulkifeli berkata pihak yang cuba mempolitikkan isu itu perlu sedar bahawa teras utama penubuhan ESSCOM dan ESSZONE di Sabah adalah untuk memastikan aspek keselamatan rakyat sentiasa berada di tahap terbaik dan untuk itu, anggota keselamatan perlu dilibatkan supaya masyarakat yakin dengan pelaksanaannya.
Beliau berkata penempatan anggota keselamatan, khususnya tentera di kawasan berkenaan tidak harus dilihat dari sudut sempit dan kaca mata politik semata-mata kerana telah terbukti, ATM merupakan satu daripada agensi kerajaan yang sekian lama hadir dan membantu masyarakat di segenap pelosok tanah air.
“Jadi, jangan sekali-kali cuba memanipulasi serta memesongkan niat dan objektif baik kerajaan menubuhkan ESSCOM dan ESSZONE dengan tuduhan sempit seperti berniat memperbanyakkan undi kepada kerajaan kerana jelas ia tidak betul, malah kita juga tidak tahu kepada siapa anggota kita mengundi,” katanya.
Beliau berkata kewujudan ESSCOM di dalam kawasan ESSZONE perlu dinilai dari sudut lebih luas iaitu pulangan daripada penjanaan ekonomi yang bakal diterima, kesan daripada keselamatan yang terjamin, sekali gus meningkatkan indeks keselesaan penduduk seperti kejayaan yang dicapai selepas penubuhan Rajang Area Security Commad (RASCOM) pada tahun 1972.
“Dengan adanya ESSCOM dan ESSZONE, saya yakin gabungan sinergi keselamatan dan pembangunan akan menghasilkan ‘outcome’ yang jitu untuk masyarakat Sabah, sepertimana pewujudan RASCOM di Sarawak yang membantu negeri itu muncul sebagai negeri yang mempunyai pendapatan per kapita tertinggi di negara ini,” katanya. — Bernama
Aneh, dia ni panglima tentera atau ketua menteri Sabah?

Anwar: Saya akan bertanding di Perak
Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.
"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.
"Niat saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Pauh Permatang," kata Anwar. - mkini
Menggeletar lawan dia nanti.

Tuesday, April 2, 2013
PRU-13: PM Berucap Di TV 11.30 Pagi
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu) semakin kuat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke udara di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.
Terdahulu kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.
Menjadi amalan, pada Rabu setiap minggu Najib akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Bayangan Parlimen akan dibubarkan seawal hari ini semakin jelas berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet hari ini dengan pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar.
Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet adalah kelaziman sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu. - Mstar

Saifuddin terkejut Nasrudin diumum, jangkaan awal lawan PKR
KUALA LUMPUR, 2 April — Datuk Saifuddin Abdullah terkejut dengan pengumuman Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sebagai calon kerusi parlimen Termerloh kerana pada awalnya menjangkakan akan berlawan dengan calon dari PKR.
Pengumuman Nasrudin dilakukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat parti tersebut, di Jalan Raja Laut awal hari ini.
“Saya menjangkakan PKR akan bertanding di sini kerana mereka telah bekerja keras sejak selepas PRU 12 lagi,” kata timbalan menteri pendidikan tinggi (gambar) itu dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Apa-apa pun BN bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja... selamat datang ke Temerloh,” tambah beliau merujuk kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.
Saifuddin juga berkata telah mengucapkan tahniah kepada bakal lawannya serta menjanjikan pertandingan yang sihat apabila tiba masa kempen pilihan raya nanti.
“Saya telah hantar SMS kepada Nasrudin tadi dan ucap tahniah kerana dipilih bertanding.
“Kalaulah saya masih lagi dipilih bertanding, saya akan berkempen sihat sama seperti masa saya bertanding dengan Nizam daripada PKR pada PRU 12 yang lalu,” ujar beliau lagi.
Walaubagaimanapun, Saifuddin berkata pengumuman terbaru tersebut tidak akan menggugat kubu Umno dan Barisan Nasional di Temerloh dan optimis sokongan penduduk setempat masih kuat terhadap kerajaan pemerintah.
“Berdasarkan rekod perkhidmatan BN, siapapun calon pembangkang, saya optimis yang pengundi akan terus menyokong BN,” katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya 2008, Saifuddin menewaskan calon PKR Ahmad Nizam Bin Hamid dengan majoriti 2,441 undi.
Walau bagaimanapun, pimpinan PKR Termeloh yang dihubungi turut terkejut dengan pengumuman tersebut serta mengatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
Pemimpin PKR yang enggan namanya didedahkan itu berkata beliau akan menghubungi kepimpinan pusat Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.
“Ia satu keputusan mengejut... perkara ini kena tanya pusat.
“Ini satu keputusan unilateral, tanpa memberikan sebarang pertukaran kerusi ataupun penjelasan selanjutnya,” kata pemimpin PKR itu kepada The Malaysian Insider.
Nasrudin, 43 sebelum ini pada Pilihan Raya 2008 bertanding dikerusi Parlimen Maran tetapi tewas kepada calon BN, Ismail Bin Abd Muttalib.
Pada Pilihan Raya 2008, BN berjaya memenangi 38 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang. - TMI
Kalau saya pengundi situ saya sendiri akan mengundi Datuk Saifuddin.

Monday, April 1, 2013
Muhammad Ridhwan ditahan di bawah SOSMA
Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.
"Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama.
Muhammad Ridhwan (kiri), yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.
Hamza berkata Muhammad Ridhwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.
Beliau mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.
Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.
Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.
"Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.
"Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa," katanya kepada pemberita.
Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail, beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan sultan Sulu terhadap Sabah.
Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui perjanjian itu, Muhammad Ridhwan menegaskan: "Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu) tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu) serahkan pada British untuk dibangunkan". - Bernama

Senjata yang makan tuan
Subscribe to:
Posts (Atom)