program diet sehat beritakita

Sunday, March 3, 2013

Polis masih cuba bawa keluar anggota yang gugur

Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.

Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ. - Mkini

IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut. - Mkini

Berbilion wang rakyat mengalir keluar untuk pertahanan negara. Hasilnya mana?

Saturday, March 2, 2013

5 polis terkorban di Semporna

Seorang anggota Unit Komando melakukan rondaan di Kampung Tanduo hari ini. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
  
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
  
Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri. - SH

Mana tentera? Berapa ramai polis hendak dikorbankan? Mengapa lambat bertindak? Darurat Sabah siapa yang untung?

Tidur peluk senjata tunggu serangan

PASUKAN VAT 69 berada dalam keadaan siap sedia untuk bertindak menggempur penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU - Tiada apa yang diharapkan oleh anggota komando skuad VAT 69 Polis Diraja Malaysia selain menyelesaikan krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo dekat sini sekalipun jika terpaksa berkorban nyawa.

Tanpa mahu memikirkan soal kemanusiaan, ada anggota yang sudah tidak sabar menunggu arahan bertindak bagi menggempur kawasan kampung itu yang menempatkan lebih 100 orang ahli kumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Wartawan Kosmo! yang menjejakkan kaki ke kem sub-taktikal pasukan itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Tanduo semalam melihat sendiri pengorbanan besar yang dipikul pasukan itu.
Seorang anggota VAT 69 kelahiran Perak mengakui, mereka kini memberi fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara.

"Kamu mesti tahu kenapa kami ada di sini. Di mana ada musuh di situ kami ada. Kami mahu selesaikan semua ini dan balik ke rumah masing-masing," kata anggota berpangkat koperal yang berusia 40 tahun itu.
Seorang lagi anggota VAT 69 menyifatkan pencerobohan oleh kumpulan pengganas itu sebagai satu kerja bodoh.

"Mereka manusia yang hati kering, sanggup buat apa sahaja termasuk berperang.
"Saya sendiri sudah melihat wajah mereka dan saya hanya tunggu masa untuk bertindak," jelasnya.
Ditanya rutin harian seorang komando, dia hanya tergelak.

"Kerja kami ialah bersiap sedia sepanjang masa, tak perlu fikir soal makan atau tidur.
"Kalau tertidur sekalipun, kami peluk senapang," ujarnya. - Kosmo

Seorang anggota keselamatan terkorban di Semporna

Pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah, iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu semalam. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan, anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. – Bernama

Begitu mudah musuh masuk ke dalam negara. Rakyat mula mempersoal peranan menteri pertahanan Malaysia.

Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri

Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu.
MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.

Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin. Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu. -





Polis perlu siasat, adakah ini suatu perancangan untuk menangguhkan pilihanraya. UmnoBN dijangka akan kalah teruk dalam pilihanraya berikutan tindak tanduk mereka memperbodohkan rakyat. Segala perancangan untuk menarik rakyat menyokong parti yang sudah tua itu selalunya berakhir dengan kegagalan.

Najib: Penceroboh kibar bendera putih perangkap komando

Upacara pengebumian jenazah Allahyarham Inspektor Zuklfli Mamat di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Terengganu, petang ini. - Foto ihsan FB PDRM
PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dari Kiri: Koperal Sabarudin Daud dan Inspektor Zulkifli Mamat.
Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ia adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda.

Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.

Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir.

Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.

Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.

Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. - Bernama


Bagaimana kerajaan UmnoBN uruskan. Sepatutnya ini tugas tentera yang mempunyai kemahiran tempur hutan. Polis tak perlu terlibat. Ini suatu kelemahan ketara.